Dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 m oleh peserta pada masa itu.
Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini dilakukan dengan lonjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”.
Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895.
Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, mencipta Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912. Gaya ini lebih berkesan dari gaya yang sebelumnya.

Pelompat Amerika dan Rusia telah menggunakan Gaya Kelana yang menjadi ikutan pelompat-pelompat yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya lompatan yang lain.
No comments:
Post a Comment